Tuesday, September 9, 2008

Sila lawat blog saya yg rasmi di :
http://qafmimra.wordpress.com

Terima kasih..

Saturday, January 26, 2008

Aku dan dia

Hmm…. Aku masih bingung… Aku masih cuba mendekatinya…
Ada satu ketika, dia melintasiku, selamba.. tak pandang kiri dan kanan..
Aku cuba memanggilnya, tapi langsung tak diendahnya.

Adakalanya, aku terserempak dengannya, malah bertentang mata, namun dia masih selamba, seolah-olah tidak mengendahkan kehadiran aku di situ.

Apakah ini takdir? atau hanya nasib? atau ujian buatku, adakah aku bersabar menempuh segala yang dilakukannya ke atasku.

Apabila aku cuba mencarinya, dia seolah-olah melarikan dirinya daripadaku. Jahat sangatkah aku, sehingga diperlakukan begini? Apakah dia ingat bahawa aku ini musuhnya.

Ada kalanya, aku pergi ke suatu sudut, ternampak dia dan kawan-kawannya, seolah-olah sedang merancang sesuatu untuk menganiayaiku, namun apakan daya, aku tak pandai berfirasat, adakah fikiran aku itu benar atau salah.

Ah.. jika benar dia mahu menjadi musuhku, aku sanggup menerima kenyataan itu. Akan ku cuba sedaya upaya menjauhkan diriku daripadanya, malah akan ku guna sepenuh kekuatan dan kudrat ku untuk menghalangnya daripada mendekatiku…..

Ai… datang lagi makhluk ni. Dah la makanan aku pun ko sebat, sabun aku pun kau rosakkan, baju aku pun kau kotorkan, habis meja, kerusi, sinki bilik aku ku pun ko kotorkan. Hampeh punya LIPAS!! Takpe, kalau kau nak sangat, ambik ni.. PSSSSTTTT Hah.. Itulah powernya RIDSECT insect killer yang baru ku beli. Hidup ku di bilikku sekarang semakin terancam dengan kehadiran makhluk-makhluk kecil yang kotor dan berkuman itu… Ceh!!

;;